Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Pemimpin tertinggi PPBM pernah tadbir negara, patut lebih tahu peraturan ROS



PADANG TERAP, 12 Mac -- Pemimpin tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dahulunya pernah terlibat dalam urusan pentadbiran negara sepatutnya lebih mengetahui peraturan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk menubuhkan parti politik baharu.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sehubungan itu, pemimpin berkenaan tidak boleh menunding jari kepada kerajaan sekiranya berhadapan masalah dengan jabatan itu sewaktu urusan pendaftaran parti mereka dahulu kerana tidak mematuhi peraturan ditetapkan ROS.

"(Presiden PPBM) (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) pernah jadi menteri dan pernah duduk dekat beberapa kementerian, kemudiannya pernah menjadi TPM (Timbalan Perdana Menteri), malah (Pengerusi PPBM) (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) pernah jadi PM (Perdana Menteri) selama 22 tahun.

"Jadi mereka patut lebih tahu. Tidak boleh langgar peraturan. Sebab mereka tidak mahu ikut (peraturan) kemudian nak kata kerajaan salah," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada 270 penerima dari Parlimen Padang Terap di Kuala Nerang dekat sini hari ini.--Bernama









________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.