Ulang Tahun Pertama 1Media

Ulang Tahun Pertama 1Media

Wan Azizah masih terasa hati dengan Tun M




BATU KURAU: Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, mengakui terasa hati dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, berikutan apa yang dilakukan terhadap suaminya.

"Dahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi tahanan politik di Kamunting dan selepas dibebaskan, dipelawa masuk UMNO pada masa itu. Dalam hati Anwar, tiada dendam dan dia masuk dalam 'pihak' yang memenjarakannya.

"Sama lah sekarang ini, tidak saya mimpi akan duduk tepi Tun Mahathir dalam satu mesyuarat, tetapi ini yang berlaku.

"Nak fikirkan hati, memanglah orang Melayu kata, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Memanglah...kadang-kadang terasa juga," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis minum petang bersama Presiden Pakatan Harapan di Kampung Repoh, Batu Kurau, di sini, hari ini.--BHarian











________________ 
Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.